Tuesday 11 December 2012

Latihan Peribahasa


LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nenek Timah tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2 Siti Khatijah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kuala Lumpur, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Faizul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _______________ Encik Farid dan Puan Azani sudah mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6 Faris dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri


7 Puan Saleha masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam di ekpo pertanian itu.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9 Dato’ Firdaus ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para
penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

11 Keadaan Cheong Kim ______________________ menyebabkan dia tidak mahu
menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam

12. Huda dan Nurul  ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Tiram ________________________
kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

14 Puan Zaiton _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah
maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

15 Justin Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Mutthu dan adik-adiknya
_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali

17 Encik Salaman _________________________ setelah menerima panggilan
ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala

18 Mak Limah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan
jiran tetangganya __________________________________ .
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Genting Highlands agak curam dan bengkang-bengkok
seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu


20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Ganesan telah
melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas

No comments:

Post a Comment